Little London Girl



Sweet memories.
Friday 8 November 2013 | 07:30 | 0 Words
   



   Assalamualaikum :) harini nak cerita pasal Shafiq Mustajap dan saya ^^ semalam dia datang Skudai. Dia dari Kota Tinggi. Jauh kan? *jauh lah sgt* Heheh. Sebelum tu, aku nak minta maaf kalau ada yg dengki or tak suka or meluat tengok gambar aku dgn Shafiq. kalau tak suka, jangan tengok blog ni ^^ kehkeh.






   Aku dengan Wiwin sampai Hutan Bandar dalam pukul...... 4 lebih kot? syafiq pun datang pada masa yang sama. Wiwin pergi merayap ke McD sekejap masatuh sebab dia tengah lapar. So, Abg Shafiq bawak aku jalan jalan pusing keliling Hutan Bandar naik motor :) Lepastu dia parking motor, kiteorang jalan jalan menggunakan kaki. heheh ^^ 






   Abang pandai buat aku senyum. pandai buat aku ketawa. Semalam tengah jalan sebelah dia, boleh pula dia tarik tudung. hurm! :p asyik ketawa je bila ada dekat dengan dia :') Aku sayangkan dia. terlalu sayangkan dia. tolonglah jangan sesiapa berniat nak pisahkan kami lagi mcm dulu. perih sangat rasanya bila orang yang kita sayang diambil orang. hmmm :(( 





   Semalam cuaca panas terik. heheh. sian dia berpeluh :p Siap pakai losyen lagi. nak jaga kulit katanya. takut jadi hitam.  heheh. Mengada kan? :p hahaha welkkkkk! abang gediks. Lepastu kiteorang pusing pusing keliling Hutan Bandar tu. Ambik gambar tu memang perkara wajib kami okeh! hahaha.. dia kaki camera. aku pun sama. so? memang sekepala lah. tu yang best tuh. Sebab ad sesetengah orang ni kan, dia tak suka amik gmbar. lpastu nanti kalau kita asyik bergambar je, mulalah dia membebel or perli kite kan? eeeeeeee mencinya.






   Yang paling tak bole blaaaa, masatu kiteorang duduk dkt buai, dia ambil gambar sorang sorang. Aku pun apa lagi kan? pandang dia lah. dia terus ketawa lepastu cakap "hahahaha tak payah lahh tengok!!!!!" Hahaha kelakar sangat masa tuh. Suka sangat kacau dia :p welkkkkkkkkkkkkk.








   Lepastu, dia dera aku tau semalam :( dia suruh aku bawa bag dia yang berat tuh. pehh hahahah :p eleh aku bawak sekejap je. lepastu dia cakap "Meh sini bag tuh. abang bawak" Hahaha sayang jugak ek dia kat aku : welkkkkkkkkkkkk.. Semalam memang penat sangat. penat berjalan. tapi penat tu berbaloi sebab dapat luangkn masa dgn dia :) dah lama sangat tau tak jumpa. banyak perubahan dkt diri dia. Dia dah makin tinggi skarang. Makin kurus. Makin handsome. OMG! kehkeh.




Abang? abang tahu kan yg adik sayang abang? tolong. jangan pergi lagi. pls. :') Adik akan hargai setiap detik kita bersama. Tak pernah lupa semua kenangan kita sejak kita dk Kota Tinggi dulu. Sentiasa ingat semuanya! masih segar dalam fikiran. 





   







   Ini sahaja yang ingin dikongsikan :) abang cuti sekejap je ni. nanti dah kena pegi Melaka dah :) lain kali kita jumpa lagi. inshaAllah :) terima kasih sebab sanggup datang sini sampai sesat. heheh. adik sayang abang tau? ingat tuh. Goodnight. assalamualaikum :')
   

-Past-