Bestfriends? :-)
Monday, 5 August 2013 | 08:35 | 0 Words
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, readers! alhamdulillah.. harini aku berkesempatan lagi untuk menulis blog ni. harini aku nak cerita pasal seorang rakan yang sangat akrab dengan aku. aku dah anggap dia macam abang aku sendiri dah. dia sentiasa melindungi aku, sentiasa ada bersama aku kala aku sedih, gembira, ketawa, menangis. dia ni baik sangat sangat sangat!!! aku bersyukur sangat dapat seorang sahabat macam dia ni :') kadang-kadang tu, aku terfikir.. kenapalah Allah baru pertemukan aku dengan kau sekarang? kenapa tak dari dulu lagi? :') tapi tu semua dah ditentukan Allah.. aku hanya menerima dengan hati yang terbuka. Okay! aku dah asyik potpet potpet, korang mesti tertanya tanya kan siapa yang aku maksudkan tu? nama dia Muhammad Firhan bin Shaharizad :') nak tahu yang mana satu? tengok gambar kat bawah ni.
Okay! ini lah my bestfriend tu!! hensem kan?? hensem macam aku. bhahaha sengal! ermm.. okay.. Firhan ni seorang sahabat yang sangat memahami. apa yang dia faham tentang aku? okay. first, kalau aku tetiba mendiamkan diri, dia tahu aku tengah sakit hati dengan dia or dengan orang lain. so, dengan serta merta dia cepat cepat text/ wechat/ call aku semata mata nak tanya apa masalah aku? kenapa dengan aku? kenapa aku tetiba jadi macamni? lepastu dia akan cuba pujuk aku, cuba tenangkan aku, cuna untuk buat aku gembira dan ketawa macam biasa :') Ya Allah... sungguh beruntungnya aku dapat kawan yang sangat baik macam ni :') bersyukur sangat dapat kawan mcm kau ni Firhan... Korang nak tahu tak mcm mana aku dengan firhan ni boleh kenal?
Kiteorang kenal kat sini lah. mula mula dia 'chat' aku, tapi aku tak berapa nak layan sangat. biasalah... orang yang kita tak kenal kan.. so, malas nak layan sangat. gitu gitu je. hehee.. tapi, last last aku dapat tahu yang tempat tinggal kiteorang sangat sangatlah dekat! memang dekat gila lah! tu yang terkejut tuh. lepastu dia ajak aku jumpa.. mula mula takut jugak nak jumpa dia ni.. almaklumlah kan, baru kenal.. kenal kat laman sosial pulak tuh! hehe.. masa first time jumpa, dia bagi aku aiskrim vanilla. sebelum kiteorang jumpa, dia tanya aku.. suka makan apa.. aku cakaplah aiskrim vanilla.. tu yang dia belikan tuh. hehe.. masa first time jumpa pun, aku dah tahu yang dia ni baik orangnya.. yelah,, dari cara percakapan dia yang sporting tuh.. cara dia berkomunikasi.. aku tahu yang dia ni baik :) masa tu, aku tak banyak bercakap.. diam je sambil makan aiskrim.. dia ngan kengkawan dia je yang bercakap.. masatuh dia datang dengan Amin n Putra :) aku pulak dengan Wani... rindu sangat masa tuh!! terlalu rindu kenangan2 dulu..
And now, aku dan dia dah jadi KAWAN RAPAT. kiteorang selalu lepak sesama. mak ayah aku pun dah kenal n rapat dengan firhan. mak firhan pun dah pernah jumpa aku :) alhamdulillah.. so far so good.. mak ayah aku pun suka aku berkaw dengan dia.. sebab? dorang tahu yang firhan ni kawan yang baik untuk aku. gambar kat atas tu beberapa hari yang lepas. firhan tetiba nak buat cover dengan aku pulak. hehee.. kiteorang buat cover lagu lepaskan by Wanna Ali. kalau korang nak tengok cover kiteorang tu, click link kat bawah tu :)
Firhan? kalau kau baca post ni, aku nak kau tahu yang aku sayang sangat kau kau dok. kekadang tu kan, aku rasa sakit hati, cemburu sangat bila kau rapat dengan kawan kawan aku yang lain. masatuh, kau rapat dengan wani, aku rasa macam........ hmm.. yelah, aku yang kenal kau dulu.. tapi? kau rapat dengan kawan aku pulak. sentap dokkkkkkkk.... hmm.. kawan mana yang tak sakit hati kan bila ada orang lain yang lebih rapat dari kawan baik kita tu? :) harap kau faham kenapa aku rasa macam tu.. kekadang tu aku sedih bila aku call kau sebab nak ajak lepak.. lepastu kau tanya aku "Wani ada tak?" haihhh aku tahu kau lebih sayangkan wani dari aku.. takpelah :')
Terima kasih sahabatku kerana selalu buat aku ketawa apabila aku bersedih..
terima kasih sahabatku kerana sentiasa ada di sisi aku apabila aku memerlukanmu..
Terima kasih sahabatku kerana kau memahami perasaan aku.
Terima kasih sabahatku kerana segera membangkitkan aku apabila aku terjatuh..
Terima kasih sahabatku kerana tak pernah kenal erti penat lelah untuk menjaga hatiku..
Terima kasih sahabatku kerana menjadi Sahabat Terbaik dalam hidupku :')
Sahabatku.... kau tahu? aku tak pernah rapa dengan seseorang yang aku kenal dari laman sosial sampai macam ni sekali tau. kau n fikree lah kawan yg aku kenal dekat facebook yang rapat dengan aku. :') aku harap kau takkan pernah lupakan aku. aku harap kau takkan pernah pinggirkan aku. aku harap sangat Persahabatan kita ni kekal sampai bila bila. aku taknak hilang seorang kawan yang sangat baik macam kau. kalau kau tinggalkan aku, tak tahulah apa jadi dok. kau lah sahabat dunia dan akhirat aku wehh..
Aku happy sangat weh dapat kawan macam kau ni. kau ni special sangat! nak tahu apa yang special nya?? kau ni suka buat 'LAWAK'. kekadang, lawak bodoh kau tu pun aku boleh tergelak tau! hahaha betapa powernya lawak kau ni. okay? cuba kau tengok gambar kat atas tu? kau percaya tak yang aku tengok gambar tu pun aku boleh tergelak XD hahaha.. kau ni memang pandai buat lawak XD lol!!! Kau ingat tak masa malam tu? kiteorang lepak ngan Amin, Izzah, Wani.. masatuh aku touching ngan korang sebab tak layan aku.. lepastu aku nangis.. ingat tak? masa aku nangis, kau pujuk aku.. mula mula kau pujuk, aku tak layan pun.. last last kau buat lawak.. terus aku tergelak dengan airmata kat pipi belum kering lagi. haha :') aku terharu dok dapat kawan yang pandai menghibur hati kawan dia yang tengah sedih :') ngeeeeee....
Okay lah. itu je yang sempat aku kongsikan malam ni :) aku harap agar persahabatan kita ni tak akan ada penghujungnya :') aamiin...... Emmmm.. firhan? janji dengan aku, jangan lupakan aku eh? kalau lah satu hari nanti kita ditakdirkan berpisah, aku harap kau tak pernah lupa kawan kau yang bernama Wahida Amalin ni :') takecare firhan.. ingatlah aku dalam doamu.......
Kepada pembaca pembaca, terima kasih sebab sudi baca luahan hati ni :) lain kali jangan lupa singgah sini lagi yaa! selamat malam, selamat hari raya dan assalamualaikum..